Sunday 4 December 2011

model pengajaran dengan analogi

6 langkah utama dalam model pengajaran dengan analogi(Glynn 1995)

  • perkenalkan konsep target
  • ulang kaji konsep analog
  • kenal pasti ciri-ciri relevan konsep target dan analog
  • petakan ciri yang serupa
  • tunjukkan di mana analogi tidak lagi sepadan
  • buat kesimpulan


pada hari ini dr nurul telah memberi 5 soalan untuk kami huraikan secara ringkas untuk mengetahui sejauh mana tahap kefahaman kami setakat ini.
soalan-soalannya ialah:
1. pembelajaran inkuiri adalah satu kaedah pembelajaran yang dumulakan dengan 1 atau 2 soalan utama dan pelajar akan diberi masa untuk menyiasat atau merancang. pelajar akan cuba menganalisis data dan menjawab soalan tersebut. di akhir pembelajaran pelajara akan berkongsi data dan melakukan persembahan hasil.
2.pembelajaran berasaskan pemikiran adalah satu kaedah pembelajaran di mana kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis secara eksplicit(secara terus) dengan bantuan thingking template.
3.pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang dimulai dengan satu masalah yang berkait rapat dengan dunia sebenar. terdapat banyak jalan penyelesaian yang membawa kepada beberapa jawapan yang tepat.
4. pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran di mana pelajar akan menyelesaikan permasalahan dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat yang sama.terdapat 5 prinsip yang terkandung dalam pembelajaran ini.
5. pembelajaran berasaskan projek adalah satu kaedah pembelajaran yang dimulai dengan satu persoalan untuk dijawab dan memerlukan pelajar menghasilkan 1 produk atau persembahan di akhir pembelajaran tersebut.

Monday 28 November 2011

unit 2 konsep & kemahiran asas untuk belajar fizik

1)operational definition-pelajar boleh memberi definisi operasi
cth: pelajar mahu menyiasat perhubungan/perkaitan antara kedalaman dengan tekanan dalam cecair
(((menghuraikan langkah2 yg perlu diambil untuk menentukan nilai sesuatu konsep)))
*membuat beberapa lubang di botol dengan ketinggian yang berbeza
oleh itu, definisi operasinya ialah jarak pancutan air.(kita tidak menyukat sesuatu tekanan tersebut dengan sesuatu alat pengukur)

2) penaakulan nisbah & bahagi(ratio reasoning and division)

cth: 8N/4meter persegi= 2N  / meter square
*2 bermaksud jumlah daya yang bertindak ke atas 1 meter persegi luas*

cth: satu barang yang berjisim 5kg berharga RM 3.00

5kg/ RM 3 = 1.67
#hasil  1.67 bermaksud berapa jumlah kg jisim yang boleh kita dapat apabila membayar RM 1

Monday 21 November 2011

pembelajaran koperatif

pada hari yang indah ini, dr nurul memulakan pembelajaran dengan bertanyakan tentang berapa kaedah yang telah kami pelajarai. setakat ini kami telah mempelajari sebanyak 4 kaedah pembelajaran iaitu inkuiri, PBL, PjBl dan thinking based learning.

seterusnya dr nurul memulakan pembelajaran baru iaitu kaedah pembelajaran koperatif.
persoalan yang diajukan oleh dr nurul ialah adakah pembelajaran secara berkumpulana yang dijalankan di sekolah itu adalah pembelajaran koperatif yang sebenar. selain itu, persoalan lain yang perlu kami cari jawapannya ialah prinsip asas dan bagaimana hendak  menjalankan pembelajaran secara koperatif tersebut.
di sini dr nurul memperkenalkan tentang TEKNIK JIGSAW. dr nurul memulakan tentang tugasan yang perlu kami buat.
1) setiap kumpulan perlu membentuk 5 orang ahli
2)kemudian kami diberi nombor masing-masing dalam kumpulan ASAL.
3)selepas itu, dr mengarahkan kami untuk bergerak dalam kumpulan EXPERT iaitu ahli yang mempunyai nombor yang sama.
4)dalam kumpulan expert itu, kami berbincang dalam kumpulan. saya memegang nombor 3 dimana teknik yang perlu bincang adalam teams games tournaments.
5)kami berbincang mengenai prinsip pembelajaran koperatif dan bagaimana TGT dijalankan.




PRINSIP KOPERATIF
1) saling bergantung secara positif
2)penanggungjawaban individu
3) interaksi bersemuka
4) pemprosesan kumpulan
5) pengajaran kemahiran sosial secara eksplicit

teknik dalam pembelajaran KOPERATIF
1)STAD(student team achievement division)
2)GI(group investigation)
3)TGT(teams group tournaments)
4)TAI(team accelerated instruction)
5)NUMBER HEADS TOGETHER

selepas itu, untuk mengetahui tahap kefahaman kami, dr nurul  telah memberi beberapa soalan kepada setiap kumpulan untuk memberi markah bonus dalam ujian 1.pemarkahan diambil berdasarkan dalam teknik number heads together. dimana markah yang tertinggi akan diambil kira.
contoh soalan:
1) huraikan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran koperatif
isi penting:
-bekerja secara berkumpulan
-untuk mencapai matlamat yang sama
- terdapat 5 prinsip

2)apakah ciri-ciri pembelajaran koperatif
- membentuk kumpulan dan bekerja dalam kumpulan kecil tersebut demi mencapai matlamat yang sama
-memberi tanggungjawab terhadap setiap individu
-memberi peluang kepada pelajar untuk bersemuka secara depan dalam memberi idea
- memahirkan pelajar  tentang kemahiran sosial secara eksplicit
- pelajar akan belajar dan mendapat ilmu daripada pemprosesan dalam kumpulan kecil tersebut

3)adakah pembelajaran dalam makmal merupakan pembelajaran koperatif
ya kerana terdapat sebahagian daripada prinsip pembelajaran koperatif terdapat dalam pengajaran guru di dalam makmal manakala sebahagian lagi tidak

Sunday 20 November 2011

pada hari ini dr menunjukkan semula hasil dalam ujian 2 iaitu menghasilkan satu set rancangan perjalanan pembelajaran. kemudian, dr akan membuat refleksi dan mengkehendaki pelajar membuat penambahbaikkan terhadap hasil tersebut. penilaian belum di ambil kerana kebanyakkan pelajar kuran memahami tentang apa yang dikehendaki oleh dr nurul.


selepas itu, dr nurul menyuruh kami membuat ujian 1 semula pada soalan 6 untuk menambahbaikkan markah yang diperoleh dalam ujian 1. masa yang diberi adalam selama 30 minit.


tujuan dr nurul untuk memahamkan kami tentang fasa kedua menstruktur idea. dr nurul menguji tahap kefahaman kami dengan mengkehendaki kami menjalankan inkuiri berdasarkan tajuk prinsip bernoulli. sesi perbincangan berlaku selama 30 minit.selepas itu, barulah saya lebih faham tentang fasa kedua dalam inkuiri induktif iaitu menstruktur semula idea.

 1 jam kemudian,  dr nurul memulakan pembelajaran baru dengan miskonsepsi dalam sains

contoh soalan miskonsepsi:
1)hotter objects contain more heat than colder objects (yes)-false
2)heavier objects always fall faster than lighter objects.(false because they are having a same gravity and air resistance)-they fall and touch the ground at the same time
3) light objects float while heavy objects sink( false because they are no related with weight.the object is immersed ia a fluid is buoyed up bya a force equal to the weight of the fluid displaced by the object)
4) objects float because there`s air in them( yes)-false
5) an object that is thrown upwards continue to move upwards because the force applied by the hand is still acting on it.(false)

penerangan:
1) haba adalah tenaga yang berpindah berlaku disebabkan perbezaan suhu. maksudnya haba tidak boleh dikandung.objek tidak boleh mengandungi haba di dalamnya. oleh itu, jika berlaku thermal equilibrium maka tiada haba yang mengalir di dalamnya.


contoh: (molekul yang akan memindahkan haba dan mengalami tenaga kinetik)
c = tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 darjah celsius pada 1jisim berat

*tenaga haba boleh diserap dan dibebaskan tetapi tidak boleh dikandung* 
*apabila diserap tenaga tersebut dinamakan tenaga dalaman. jika tenaga kinetik meningkat maka tenaga dalaman juga akan meningkat*
*tenaga haba pendam tentu pula adalah untuk mengubah sesuatu fasa daripada pepejal kepada cecair tanpa  berlaku perubahan suhu*


 2) kalau free fall objek yang ringan dan berat akan jatuh pada masa yang sama di mana rintangan udara boleh diabaikan

3) 2 faktor : isipadu sesuatu objek  dan daya tujahan dan apungan bergerak serentak.(daya apungan dan daya bersih adalah lebih besar)

4) jumlah cecair yang disesarkan adalah sama dengan daya apungan. lebih banyak cecair yang disesarkan lebih mudah untuk objek itu terapung.
5)


Thursday 17 November 2011

PBL berorientasikan PjBL

TAJUK: SAYA, TEKNOLOGI & MEDIA (video di sebelah kanan)
 TUGASAN:
> Bagaimana dan di mana anda boleh memulakan perjalanan pembelajaran anda dalam mengintergrasikan teknologi dan media di bilik darjah anda di samping menggunakannya sebagai pemangkin perkembangan profesionalisme? 


> Bagaimana anda boleh mengikuti perkembangan lanskap teknologi dan media hampir setiap hari berubah?


> Huraikan setiap langkah/ keputusan yang anda ambil di sepanjang perjalanan.


> Justifikasi pemilihan (teknologi yang akan digunakan)


*tugasan ini merupakan ujian 2 kami. dr nurul akan membuat penilaian melalui blog di mana kami dikehendaki menghasilkan rancangan perjalanan pembelajaran anda dalam mengintergrasikan teknologi di dalam bilik darjah.

problem base learning

pagi yang indah itu, kami memulakan pembelajaran baru iaitu PROBLEM BASED LEARNING(PBL). apa itu PBL??? 




pada hari tersebut dr nurul memberi satu penyataan masalah iaitu mengenai tenaga elektrik yang digunakan oleh 2 orang pelajar iaitu mrs. long hair & mrs fizik. oleh yang demikian, dr telah memberi pendedahan tentang "thinking template"( graphic organizer):


FILA CHART
langkah-langkah dalam PBL
1. tubuhkan satu kumpulan
2. kenal pasti masalah
3. cungkil idea
4.kenal pasti isu pembelajaran
5. membuat pembelajaran kendiri
6. sintesis & aplikasi
7. refleksi
kesimpulan
#### pelajar belajar dan menyelesaikan masalah sendiri bersama rakan-rakan yang lain dan guru hanya bertindak sebagai penasihat

Wednesday 16 November 2011

THINKING BASED LEARNING

MAKSUDNYA???

 mencungkil kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.


BAGAIMANA???


melalui pendedahan tentang taxonomy bloom





inkuiri


KONSEP MAP
(contoh)

KONSEP KARTUN
(contoh)




kemahiran mikropengajaran


ok....jom kita tengok 1 persatu...mula dengan kemahiran memulakan pengajaran...hmmmm.....k.nak mula mengajar kena la masuk kelas dulu...hihi...gurau je...tp betul gak kan.langkah ja masuk kelas terus  bagi salam. pastu nak tarik minat pelajar supaya bagi perhatian kat kita(guru) depan tuh kena la pandai bodek...huhu...sebagai seorang guru yang baik, perlulah bertanyakan pelajar tentang apa aktiviti yang mereka lakukan sebelum datang sekolah ataupun pengalaman yang menarik. bertanyakan khabar juga ok dah 2...selepas itu, barulah kita mula sesi pembelajaran. contohnya tunjukkan slide tentang orang tergelincir ke (nak kaitkan dengan geseran), orang dalam bas ke(kaitkan dengan inertia), gambar kemalangan kereta ke(kaitkan dengan momentum) dan banyak lagi. maksudnya di sini, guru cuba memberi situasi atau keadaan dan minta pendapat pelajar tentang gambaran tersebut. di situ barulah guru memberi persoalan untuk pelajar fikirkan. cuba cungkil sebanyak mana idea yang pelajar ada. abez la aktiviti dalam kemahiran memulakan pengajaran. AWAS! jangan lama sangat.masa pembelajaran terhad.


dah faham semua! hihi....kita singkap pula apa itu kemahiran menyoal.  

langkahnya ialah:
1) guru memberi persoalan/ permasalahan kepada pelajar
2) kemudian, guru beri masa untuk berfikir
3) panggil pelajar yang sukarela atau sebut nama dan minta pelajar tersebut menjawab persoalan tadi.
4) jika idea salah, guru perlu struktur semula idea pelajar. Jika ada pelajar yang tidak memahami soalan, guru haruslah mempermudahkan soalan tersebut dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami.
5) jangan terus beri jawapan. Guru haruslah "prompt" pelajar untuk cuba cari jawapan lain.
6) dan jika jawapan pelajar tepat, guru bolehlah memberi penghargaan atau dipanggil peneguhan positif.

the end..........................

.........................................kemahiran seterusnya iaitu kemahiran menerang...hmmmm...aritu dr nurul ada bagi tugasan kepada pelajar untuk lakonkan bagaimana kemahiran menerang...secara kasarnya, semua kawan-kawan dapat memenuhi kriteria kemahiran menerang ini iaitu mestilah jelas tentang penerangan kita, mengikut susunan, contoh yang diberikan mestilah tepat dan kreatif dalam menggunakan teknologi & media untuk memastikan pelajar tidak bosan. contohnya gunakan papan putih untuk membuat penerangan lanjut dan tunjukkan contoh yang lebih baik di slide yang telah disediakan. di situ, barulah pelajar tahu dan betul faham. itulah dia kemahiran menerang...ni apa yang saya faham la.


hmmmm...kemahiran memperkukuh plak.........guru akan menerangkan dengan cara yang berbeza jika terdapat pelajar yang kurang faham. orang kata lambat pickup la... terangkan dengan lebih mendalam dan guna bahasa yang mudah pelajar faham. jika pelajar kurang fasih dalam bahasa melayu guru haruslah ubah cara penerangan dalam bahasa inggeris pula. tapi selalunya jarang la guru nak tukar bahasa ni kalau guru 2 pn tak berapa fasih nak speaking...

kemahiran demonstrasi....
guru akan cuba membuat demonstrasi di hadapan kelas untuk memberi lebih kefahaman kepada pelajar...

aktiviti :

contohnya dalam tajuk jatuh bebas. guna bola tenis dan bola pingpong. lepaskan pada jarak ketinggian yang sama.pastu minta pelajar buat hipotesis awal sebelum kedua-dua boa tersebut dilepaskan...di situlah guru oleh tahu idea pelajar sebelum ni betul atau salah. kemudian baru lepaskan bola tersebut...pelajar barulah dapat lihat dan beritahu semula idea mereka sebelum ni benar atau sebaliknya. kemahiran ini lebih kepada hendak membuktikan sesuatu fenomena itu. segala salam faham tentang sains selama ini dapat diperbetulkan.
             

Tuesday 11 October 2011

inkuiri lab

pada hari ini kami diberi tugasan untuk membuat eksperimen tentang buoyant force...


what is buoyant force???
defined as the upward acting force exerted on the immersed object


di bawah adalah video tentang eksperimen yang kami telah jalankan.

variables:
manipulated: bouyant force( how much volume of the object immersed)
constant: density of liquid used
responding: balas:weight of the water displaced


buoyant force = weight in the air(actual) - weight in the liquid( apparent loss)


central guiding question:
what is the relationship between the buoyant force and the weight of the liquid displaced???


hypothesis:
buoyant force and weight of liquid displaced have the same magnitude but opposite direction.

Sunday 9 October 2011

unit pengajaran

pada hari ini kami diberi pendedahan awal tentang cara-cara menyediakan unit pengajaran. di mana unit pengajaran adalah pelan instruksi/pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema/ bahagian daripada sukatan pelajaran disusun dengan teliti dan mengandungi perihal tentang:

  1. tajuk dan kegunaan unit
  2. pengetahuan sedia ada pelajar
  3. analisis isi kandungan pelajaran
  4. bahan bantu mengajar dan belajar termasuk teknologi
  5. kaedah pengajaran dan pebelajaran
  6. pelan penaksiran
  7. rancangan pelajaran harian
APAKAH tujuan merancang UNIT PENGAJARAN???
iaitu untuk mengetahui sinopsis tentang apa yang hendak dicapai daripada unit pengajaran. selain itu ia bertujuan untuk mengetahui kepentingan tema atau bahagian sukatan pelajaran yang telah dipilih.

INKUIRI SAINTIFIK perlu ada 4 elemen di bawah:
  1. asking a question/identifying a problem
  2. planning and completing an investigation
  3. answering the question/ solving the problem
  4. communicating the results to others
apakah itu inkuiri saintifik???
proses untuk mendapatkan ilmu dan membina dan memantapkan lagi kemahiran yang sedia ada 

inkuiri terbahagi kepada 2 iaitu:
  1. inkuiri terbuka( di mana ia lebih berfokuskan daripada murid)
  2. inkuiri terbimbing(bergantung kepada darjah bimbingan guru itu sendiri)

Saturday 8 October 2011

model kurikulum

model kurikulm tyler(1949)

  • menurut beliau tujuan sebenar pembelajaran adalah untuk membawa perubahan dalam tingkah laku 
model kurikulum Taba(1962)
  • menekankan objektif sebagai platform untuk aktiviti di sekolah
  • 4 strategi pengajaran
  1. pembentukan konsep
  2. menginterpretasi data
  3. interpretasi sikap, nilai
  4. pengaplikasi prinsip-prinsip
model kurikulum Stenhouse(1975)
  • menurut beliau, kurikulum ialah satu perantaraan untuk murid mendapatkan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh
  • pendidikan sebagai pengalaman berkembang dan hasil dapat dilihat melalui  perkembangan intelek kognitif
  • mementingkan kebijaksanaan dan intervensi guru untuk kemajuan pelajar
model kurikulum Trend Terkini
  • kurikulum 'emergent' yang terpaksa diwujudkan atas kehendak, kuasa dan trend semasa dalam sistem pendidikan sebuah negara
  • contoh zaman ICT dan sekolah bestari
  • ia adalah pembelajaran yang terdiri daripada interaksi kanak-kanak dan orang dewasa
  • 4 komponen penting :
  1. objektif kurikulum
  2. pengetahuan
  3. pengalaman pembelajaran
  4. penialaian kurikulum
  • peranan guru = sebagai pemerhati

Friday 7 October 2011

what is project base learning???



  1. Project Based Learning is an instructional approach built upon authentic learning activities that engage student interest and motivation. These activities are designed to answer a question or solve a problem and generally reflect the types of learning and work people do in the everyday world outside the classroom.
  2. Project Based Learning is synonymous with learning in depth. A well-designed project provokes students to encounter (and struggle with) the central concepts and principles of a discipline.
  3. Project Based Learning teaches students 21 st century skills as well as content. These skills include communication and presentation skills, organization and time management skills, research and inquiry skills, self-assessment and reflection skills, and group participation and leadership skills.
  4. Project Based Learning is generally done by groups of students working together toward a common goal. Performance is assessed on an individual basis, and takes into account the quality of the product produced, the depth of content understanding demonstrated, and the contributions made to the ongoing process of project realization.
  5. Finally, Project Based Learning allows students to reflect upon their own ideas and opinions, exercise voice and choice, and make decisions that affect project outcomes and the learning process in general.

Combining these considerations, we define Project Based Learning as:

a systematic teaching method that engages students in learning essential knowledge and life-enhancing skills through an extended, student-influenced inquiry process structured around complex, authentic questions and carefully designed products and tasks.

Wednesday 5 October 2011

segalanya di sini.....

daripada project base learning ini saya dapat membina pelbagai kemahiran iaitu antaranya ialah kemahiran bercakap dan menyampaikan maklumat dengan teratur. selain itu, saya juga da[at membina ilmu pengetahuan mengenai pelbagai perkara seperti kemahiran dalam mengendalikan seminar , malahan saya juga dapat memperbaiki kebolehan dalam perbahasan memandangkan saya adalah antara peserta debat. pengalaman sebegitu amat lah menarik dan tidak dapat dilupakan. tunjuk ajar daripada pensyarah serta kerjasama daripada kawan-kawan membantu sedikit sebanyak dalam menjayakan program sebegini.

Friday 30 September 2011

KURIKULUM, STRUKTUR PENGETAHUAN



  1.  menghuraikan maksud kurikulum
  • standard
  • kursus yang diikut
  • pengalaman terancang
  • pelan akademik
  • skop&turutan
  • isi kandungan
  • buku teks
  • syllabus
  • sukatan pelajaran
baca link dibawak untuk menegtahui dengan lebih lanjut tentang pengertian kurikulum

kemahiran proses sains

kemahiran saintifik merupakan kemahiran untuk melakukan sains


kemahiran proses sains

  1. memerhati: proses mengumpul semua data/fenomena dengan menggunakan semua deria
  2. pengelasan: proses memrhati dan mengenal pasti perbezaan/ persamaan antara objek/fenomena berdasarkan ciri dan sifat sepunya
  3. mengukur dan menggunakan nombor: kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawaian.
  4. membuat inferens : proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa(contoh:daun itu kering kerana kurang mendapat air)
  5. meramal: proses untuk menetukan & menjangka peristiwa yang akan berlaku(contoh:aplikasi prinsip bernoulli)
  6. berkomunikasi: kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih & mempersembahan maklumat
  7. menggunakan perhubungan ruang & masa: kebolehan memperihalkan/ menunjukkan lokasi, arah bentuk dan saiz sesuatu objek& perubahannya mengikut masa(contoh:halaju)
  8. mentafsir maklumat: kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena/pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.(contoh:menterjemah data yang dikumpul melalui graf)
  9. mendefinisi secara operasi: proses memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan cara yang boleh memberikan 1 nilai tambahan.(contoh: jarak mengufuk berapa jauh pancutan air keluar apabila lubang bekas dibuka)
  10. mengawal pemboleubah: pembolehubah boleh jadi faktor, keadaan/hubungan yang boleh diubah dalam sesuatu kajian.(kemahiran pembolehubah bermakna pelajar tersebut boleh mengenal pasti pembolehubah dan tahu menghubungkait.
  11. hipotesis: penyataan awal tidak semestinya tepat dan proses menghubungkait dengan pembolehubah(contoh: semakin dalam kedalaman air semakin tinggi tekanan)
  12. mengeksperimen; kemahiran/proses bergabung

hasil pembelajaran

hasil pembelajaran adalah satu penyataan apa yang ingin dicapai dari segi kemahiran, sikap, dan nilai. di mana terdapat 3 domain hasil pembelajaran iaitu: 


  1. kognitif(IQ)
  2. objektif (kemahiran insaniah)
  3. psikomotor(kemahiran manipulatif)
komponen objektif :          
  •  rujuk kepada kumpulan kemahiran
  • kata kerja aktif
  • objek bagi kata kerja
  • konteks/keaadaan
  • standard/kriteria         

unit 3:matlamat & objektif pengajaran

  1. "model instruksi assure" merupakan alatan membantu P&P
  2. "model masteri" pelajar dapat capai objektif
"differentiating"  between teaching goals and objectives is the first step to planning a successful teaching plan

secara ringkasnya
  • objektif merupakan benda yang ingin dicapai dimana ia boleh diukur dalam jangka masa pendek dan lebih berstruktur.
  • matlamat pula disimpulkan sebagai benda yang ingin dicapai dalam jangka masa petang namun demikian ia kurang berstruktur.
mengapa objektif pengajaran diperlukan????
  1. panduan kepada guru
  2. memudahkan pemilihan isi kandungan
  3. strategi pengajaran
*objektif pembelajaran adalah lebih am berbanding hasil pembelajaran*
*hasil pembelajaran adalah penyataan yang menetapkan pengetahuan kemahiran& sikap serta nilai*



Kata Cangelosi (1992):



Learning goal is the overall purpose of the teaching unit.  It indicates what students are expected to learn.
Specific objective, define the learning goal.  That is a number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24)
            Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu:
  •            Planning
  •            Implementation
  •            Evaluation

Parrott (1986:

  “…effective teacher is one who is able to demonstrate the
             ability to bring about intended learning goals”.  

ku menunggu balasan

inilah kali pertama aku terasa ingin meluahkan rasa yang dah lama terbuku di sanubariku ini...erm...ntah la mcm mana malam ni aku xterasa mengantuk pun. aku akan jadi macam ni kalau ada buat salah. xkisah la buat salah ngan kawan keluarga ataupun aku akan rasa "macam ni" kalau mak aku demam atau xsihat la...hmmmm...ntahla tiba2 ja malam ni aku berani nksuarakan kebimbangan dalam hati ini...kwn2, aku tau aku bnyk buat salah ngan korang.aku sedar ..aku rasa ni la balasan aku selama ni..mintak maaf banyak kalau ada yang tersa aty dan myimpan sebarang ketidakpuasan hati kat aku..huhu....sebenarnya aku dh lama tak buka blog...maaf la eh...masa sering menceburui aku...huhu

sajak GURU

Apabila Kasih Sayang Guru mencurahi jiwaku
Aku dilahirkan semula menjadi anak muda.
Jangan tanyaku apa sebabnya:
Sebab bukan logik KASIH SAYANG!
Saya ialah pemipit alam semesta.
Menyuarakan secara terbuka
Kesedihan dan kesakitan mereka
Kehidupan demi kehidupan dalam roda kematian yang tak berhenti pusing.
Berdoa, Guru yang Berbelas Kasihan
Lekas!  hentikannya.
Berkat anda mencurahi semua orang.
Yang buruk dan yang baik, yang cantik dan yang hodoh,
Yang ikhlas dan yang tak layak,
Serupa!
Oh Guru, tidak dapat kunyanyikan pujian-Mu.
Kasih sayang-Mu kupeluk dalam hatiku,
Dan tidur bersamanya tiap-tiap malam.
                                       
                                                                            Daripada Air-air Mata Senyap
                                                                                             ~oleh Mahaguru Ching Hai~

Thursday 22 September 2011

unit 2: model instruksi/pengajaran

PRINSIP MODEL KONSTRUKTIVISME



  1. murid akan menyesuaikan diri dengan pengetahuan sedia ada.
  2. murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. oleh itu guru perlulah kreatif dalam mempelbagaikan kaedah mengajar
  3. guru perlu memberi peluang untuk murid menguji sendiri pendapat mereka.
  4. lebih menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar
  5. pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan

SKILLFULL DECISION MAKING

  • what makes a decision necessary
  • what are the options
  • what are the likely consequences of each other
  • how importance are the consequences
  • which option is best in light of the consequences

Monday 19 September 2011

teknik pembelajaran(teknik KWHL)

  1. what you Know
  2. what you Want to know
  3. How to find out
  4. what you Learned

nk jawab what you Learned???

  1. PENDIDIKAN merupakan tunggak utama dalam membina modal insan di kalangan pelajar. di mana pendidikan boleh berlaku secara
  • formal
  • informal
  • non formal
2. PENDIDIKAN ini sendiri melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) iaitu boleh berlaku pada setiap situasi. pengajaran bukanlah hanya berpusat kepada guru yang menyampaikan maklumat tetapi dalam erti kata lain guru adalah simbolik kepada pemudah cara bagi membantu pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan.

3. dalam PENDIDIKAN teknologi digunakan sebagai kemudahan untuk mendapatkan idea dan medium perantaraan untuk guru mendedahkan maklumat serta dapat memudahkan pelajar untuk membina ilmu melalui pengajaran tersebut.

4. PENAKSIRAN pula boleh berlaku dengan cara pelajar melakukan sendiri penilaian ataupun guru tersebut melakukan penilaian terhadap para pelajar untuk mengetahui sejauh mana suatu kemahiran itu sudah dipelajari.

ini adalah secara ringkas hubungkait semua elemen-elemen penting dalam menghasilkan P&P yang berkesan... 

say no to nuclear power


Sunday 18 September 2011

isu utama dalam melaksanakan biomass

  1. bekalan makanan bahan mentah
  2. laluan penukaran
  3. risiko pelaburan & inovasi
  4. peraturan & dasar
  5. perspektif antarabangsa

Saturday 17 September 2011

kempen membantah pembinaan loji nuklear




Kenyataan media oleh DAPSY Negeri Pulau Pinang di Majlis Pelancaran "Kempen Membantah Pembinaan Loji Nuklear" di Sudut Pidato pada hari Sabtu, 26hb Mac 2011 pada pukul 6.30 petang:
Batalkan rancangan pembinaan loji nuklear untuk penjanaan tenaga elektrik
DAPSY Negeri Pulau Pinang ingin merakamkan pendirian tidak bersetuju kami terhadap rancangan Kerajaan Persekutuan untuk membina loji nuklear di negara kita.
Memandangkan negara Jepun yang memiliki kepakaran dan tahap teknologi yang sangat maju dan progresif kini dihadapi dengan krisis nuklear yang paling serius dalam sejarah dunia sejak bencana Chernobyl 25 tahun lalu, adalah perlu rancangan ini dibatalkan. Perlu diambil perhatian, tahap kawalan teknologi fission nuklear di negara kita adalah terhad berbanding dengan kepakaran Negara Jepun. Lagipun negara-negara maju dan berteknologi tinggi seperti Jerman dan ekonomi kedua besar dunia negara China telahpun membatalkan rancangan membina loji nuclear dalam negara mereka masing-masing. Keselamatan rakyat Malaysia harus diutamakan dan risiko tinggi ini tidak harus diperjudikan.
Pada masa kini, Malaysia mempunyai simpanan tenaga sebanyak 40% dan sebenarnya hanya memerlukan 20% sahaja. Mengapakah Kerajaan Persekutuan masih enggan membatalkan projek loji nuklear selepas krisis nuklear yang berlaku di Jepun? Syarikat apa yang akan dapat komisyen yang berharga berjuta-juta ringgit daripada projek loji nuklear?
Tenaga elektrik yang dijana daripada loji nuklear bukannya murah, masyarakat kita perlu membayar kos tersembunyi (hidden cost ) dalam pembangunan loji nuklear. Kos tersebut meliputi kos memperolehi sumber asli Uranium, kos tambahan dalam menamatkan khidmat, kos pengendalian dan pelupusan sisa radioaktif . Lagipun Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyatakan negara kita sudahpun mempunyai pengalaman buruk dengan nuklear.
Sehubungan dengan itu, kami juga tidak yakin dengan rekod prestasi yang kurang memuaskan oleh sesetengah projek Kerajaan Persekutuan yang dijalankan seperti ada bumbung yang bukan sahaja bocor tetapi juga runtuh. Sekiranya bumbung stadium, sekolah dan terminal bas pun boleh runtuh bagaimana kita boleh yakin tentang keselamatan dan kekukuhan sesuatu loji nuklear yang berisiko tinggi dan bahaya?
Kerajaan Persekutuan haruslah menolak cadangan membina loji nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Malaysia dan melabur untuk menerokai pelbagai sumber tenaga alternatif yang lain.

* DAPSY Negeri Pulau Pinang


Friday 16 September 2011

apa yang menyebabkan tenaga nuklear tidak boleh dijadikan sumber gantian yang terbaik untuk petroleum....kumpulan kami membangkang....so be prepared to the government....hihi

Monday 12 September 2011

multiple types of assessment

http://www.iml.uts.edu.au/assessment/types/index.html

ways to assessment

ask a question, the questionnaire, giving quizzes, coursework and presentations

assessment

what is assessment???

From the eyes of an educator, assessment is a process in which
educators to collect evidence, make inferences, conclusions, and act
based on the conclusions
For a student, the assessment is to provide opportunities for students to highlight the understanding and skills. as a medium of communication between educators with students about what students have learnedwhat still does not understand, and about what helped and was hindering the learning process themmake it a resource to recommend action to be taken.

awesome...

how is life without energy????
living with no energy is wasted. this is because people depend on all energy .. can you imagine life without electricity? without oil? I think we will only wait for dead.

how does energy shotage affect our life?
all later work is completed, the movement slowedand what is most important is that we cannot enjoy the resources available.

nuclear energy?
simple...combination from nuclear and energy....hi hi....I thought everyone was giving the same answer, please refer to their`s blog.


nothing to do.....jst try n error

ku menunggu

energy