Sunday 9 October 2011

unit pengajaran

pada hari ini kami diberi pendedahan awal tentang cara-cara menyediakan unit pengajaran. di mana unit pengajaran adalah pelan instruksi/pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema/ bahagian daripada sukatan pelajaran disusun dengan teliti dan mengandungi perihal tentang:

  1. tajuk dan kegunaan unit
  2. pengetahuan sedia ada pelajar
  3. analisis isi kandungan pelajaran
  4. bahan bantu mengajar dan belajar termasuk teknologi
  5. kaedah pengajaran dan pebelajaran
  6. pelan penaksiran
  7. rancangan pelajaran harian
APAKAH tujuan merancang UNIT PENGAJARAN???
iaitu untuk mengetahui sinopsis tentang apa yang hendak dicapai daripada unit pengajaran. selain itu ia bertujuan untuk mengetahui kepentingan tema atau bahagian sukatan pelajaran yang telah dipilih.

INKUIRI SAINTIFIK perlu ada 4 elemen di bawah:
  1. asking a question/identifying a problem
  2. planning and completing an investigation
  3. answering the question/ solving the problem
  4. communicating the results to others
apakah itu inkuiri saintifik???
proses untuk mendapatkan ilmu dan membina dan memantapkan lagi kemahiran yang sedia ada 

inkuiri terbahagi kepada 2 iaitu:
  1. inkuiri terbuka( di mana ia lebih berfokuskan daripada murid)
  2. inkuiri terbimbing(bergantung kepada darjah bimbingan guru itu sendiri)

No comments:

Post a Comment