Monday 19 September 2011

teknik pembelajaran(teknik KWHL)

  1. what you Know
  2. what you Want to know
  3. How to find out
  4. what you Learned

nk jawab what you Learned???

  1. PENDIDIKAN merupakan tunggak utama dalam membina modal insan di kalangan pelajar. di mana pendidikan boleh berlaku secara
  • formal
  • informal
  • non formal
2. PENDIDIKAN ini sendiri melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) iaitu boleh berlaku pada setiap situasi. pengajaran bukanlah hanya berpusat kepada guru yang menyampaikan maklumat tetapi dalam erti kata lain guru adalah simbolik kepada pemudah cara bagi membantu pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan.

3. dalam PENDIDIKAN teknologi digunakan sebagai kemudahan untuk mendapatkan idea dan medium perantaraan untuk guru mendedahkan maklumat serta dapat memudahkan pelajar untuk membina ilmu melalui pengajaran tersebut.

4. PENAKSIRAN pula boleh berlaku dengan cara pelajar melakukan sendiri penilaian ataupun guru tersebut melakukan penilaian terhadap para pelajar untuk mengetahui sejauh mana suatu kemahiran itu sudah dipelajari.

ini adalah secara ringkas hubungkait semua elemen-elemen penting dalam menghasilkan P&P yang berkesan... 

No comments:

Post a Comment