Sunday 4 December 2011

model pengajaran dengan analogi

6 langkah utama dalam model pengajaran dengan analogi(Glynn 1995)

  • perkenalkan konsep target
  • ulang kaji konsep analog
  • kenal pasti ciri-ciri relevan konsep target dan analog
  • petakan ciri yang serupa
  • tunjukkan di mana analogi tidak lagi sepadan
  • buat kesimpulan


pada hari ini dr nurul telah memberi 5 soalan untuk kami huraikan secara ringkas untuk mengetahui sejauh mana tahap kefahaman kami setakat ini.
soalan-soalannya ialah:
1. pembelajaran inkuiri adalah satu kaedah pembelajaran yang dumulakan dengan 1 atau 2 soalan utama dan pelajar akan diberi masa untuk menyiasat atau merancang. pelajar akan cuba menganalisis data dan menjawab soalan tersebut. di akhir pembelajaran pelajara akan berkongsi data dan melakukan persembahan hasil.
2.pembelajaran berasaskan pemikiran adalah satu kaedah pembelajaran di mana kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis secara eksplicit(secara terus) dengan bantuan thingking template.
3.pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang dimulai dengan satu masalah yang berkait rapat dengan dunia sebenar. terdapat banyak jalan penyelesaian yang membawa kepada beberapa jawapan yang tepat.
4. pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran di mana pelajar akan menyelesaikan permasalahan dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat yang sama.terdapat 5 prinsip yang terkandung dalam pembelajaran ini.
5. pembelajaran berasaskan projek adalah satu kaedah pembelajaran yang dimulai dengan satu persoalan untuk dijawab dan memerlukan pelajar menghasilkan 1 produk atau persembahan di akhir pembelajaran tersebut.