Wednesday 16 November 2011

kemahiran mikropengajaran


ok....jom kita tengok 1 persatu...mula dengan kemahiran memulakan pengajaran...hmmmm.....k.nak mula mengajar kena la masuk kelas dulu...hihi...gurau je...tp betul gak kan.langkah ja masuk kelas terus  bagi salam. pastu nak tarik minat pelajar supaya bagi perhatian kat kita(guru) depan tuh kena la pandai bodek...huhu...sebagai seorang guru yang baik, perlulah bertanyakan pelajar tentang apa aktiviti yang mereka lakukan sebelum datang sekolah ataupun pengalaman yang menarik. bertanyakan khabar juga ok dah 2...selepas itu, barulah kita mula sesi pembelajaran. contohnya tunjukkan slide tentang orang tergelincir ke (nak kaitkan dengan geseran), orang dalam bas ke(kaitkan dengan inertia), gambar kemalangan kereta ke(kaitkan dengan momentum) dan banyak lagi. maksudnya di sini, guru cuba memberi situasi atau keadaan dan minta pendapat pelajar tentang gambaran tersebut. di situ barulah guru memberi persoalan untuk pelajar fikirkan. cuba cungkil sebanyak mana idea yang pelajar ada. abez la aktiviti dalam kemahiran memulakan pengajaran. AWAS! jangan lama sangat.masa pembelajaran terhad.


dah faham semua! hihi....kita singkap pula apa itu kemahiran menyoal.  

langkahnya ialah:
1) guru memberi persoalan/ permasalahan kepada pelajar
2) kemudian, guru beri masa untuk berfikir
3) panggil pelajar yang sukarela atau sebut nama dan minta pelajar tersebut menjawab persoalan tadi.
4) jika idea salah, guru perlu struktur semula idea pelajar. Jika ada pelajar yang tidak memahami soalan, guru haruslah mempermudahkan soalan tersebut dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami.
5) jangan terus beri jawapan. Guru haruslah "prompt" pelajar untuk cuba cari jawapan lain.
6) dan jika jawapan pelajar tepat, guru bolehlah memberi penghargaan atau dipanggil peneguhan positif.

the end..........................

.........................................kemahiran seterusnya iaitu kemahiran menerang...hmmmm...aritu dr nurul ada bagi tugasan kepada pelajar untuk lakonkan bagaimana kemahiran menerang...secara kasarnya, semua kawan-kawan dapat memenuhi kriteria kemahiran menerang ini iaitu mestilah jelas tentang penerangan kita, mengikut susunan, contoh yang diberikan mestilah tepat dan kreatif dalam menggunakan teknologi & media untuk memastikan pelajar tidak bosan. contohnya gunakan papan putih untuk membuat penerangan lanjut dan tunjukkan contoh yang lebih baik di slide yang telah disediakan. di situ, barulah pelajar tahu dan betul faham. itulah dia kemahiran menerang...ni apa yang saya faham la.


hmmmm...kemahiran memperkukuh plak.........guru akan menerangkan dengan cara yang berbeza jika terdapat pelajar yang kurang faham. orang kata lambat pickup la... terangkan dengan lebih mendalam dan guna bahasa yang mudah pelajar faham. jika pelajar kurang fasih dalam bahasa melayu guru haruslah ubah cara penerangan dalam bahasa inggeris pula. tapi selalunya jarang la guru nak tukar bahasa ni kalau guru 2 pn tak berapa fasih nak speaking...

kemahiran demonstrasi....
guru akan cuba membuat demonstrasi di hadapan kelas untuk memberi lebih kefahaman kepada pelajar...

aktiviti :

contohnya dalam tajuk jatuh bebas. guna bola tenis dan bola pingpong. lepaskan pada jarak ketinggian yang sama.pastu minta pelajar buat hipotesis awal sebelum kedua-dua boa tersebut dilepaskan...di situlah guru oleh tahu idea pelajar sebelum ni betul atau salah. kemudian baru lepaskan bola tersebut...pelajar barulah dapat lihat dan beritahu semula idea mereka sebelum ni benar atau sebaliknya. kemahiran ini lebih kepada hendak membuktikan sesuatu fenomena itu. segala salam faham tentang sains selama ini dapat diperbetulkan.
             

No comments:

Post a Comment