Monday 21 November 2011

pembelajaran koperatif

pada hari yang indah ini, dr nurul memulakan pembelajaran dengan bertanyakan tentang berapa kaedah yang telah kami pelajarai. setakat ini kami telah mempelajari sebanyak 4 kaedah pembelajaran iaitu inkuiri, PBL, PjBl dan thinking based learning.

seterusnya dr nurul memulakan pembelajaran baru iaitu kaedah pembelajaran koperatif.
persoalan yang diajukan oleh dr nurul ialah adakah pembelajaran secara berkumpulana yang dijalankan di sekolah itu adalah pembelajaran koperatif yang sebenar. selain itu, persoalan lain yang perlu kami cari jawapannya ialah prinsip asas dan bagaimana hendak  menjalankan pembelajaran secara koperatif tersebut.
di sini dr nurul memperkenalkan tentang TEKNIK JIGSAW. dr nurul memulakan tentang tugasan yang perlu kami buat.
1) setiap kumpulan perlu membentuk 5 orang ahli
2)kemudian kami diberi nombor masing-masing dalam kumpulan ASAL.
3)selepas itu, dr mengarahkan kami untuk bergerak dalam kumpulan EXPERT iaitu ahli yang mempunyai nombor yang sama.
4)dalam kumpulan expert itu, kami berbincang dalam kumpulan. saya memegang nombor 3 dimana teknik yang perlu bincang adalam teams games tournaments.
5)kami berbincang mengenai prinsip pembelajaran koperatif dan bagaimana TGT dijalankan.




PRINSIP KOPERATIF
1) saling bergantung secara positif
2)penanggungjawaban individu
3) interaksi bersemuka
4) pemprosesan kumpulan
5) pengajaran kemahiran sosial secara eksplicit

teknik dalam pembelajaran KOPERATIF
1)STAD(student team achievement division)
2)GI(group investigation)
3)TGT(teams group tournaments)
4)TAI(team accelerated instruction)
5)NUMBER HEADS TOGETHER

selepas itu, untuk mengetahui tahap kefahaman kami, dr nurul  telah memberi beberapa soalan kepada setiap kumpulan untuk memberi markah bonus dalam ujian 1.pemarkahan diambil berdasarkan dalam teknik number heads together. dimana markah yang tertinggi akan diambil kira.
contoh soalan:
1) huraikan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran koperatif
isi penting:
-bekerja secara berkumpulan
-untuk mencapai matlamat yang sama
- terdapat 5 prinsip

2)apakah ciri-ciri pembelajaran koperatif
- membentuk kumpulan dan bekerja dalam kumpulan kecil tersebut demi mencapai matlamat yang sama
-memberi tanggungjawab terhadap setiap individu
-memberi peluang kepada pelajar untuk bersemuka secara depan dalam memberi idea
- memahirkan pelajar  tentang kemahiran sosial secara eksplicit
- pelajar akan belajar dan mendapat ilmu daripada pemprosesan dalam kumpulan kecil tersebut

3)adakah pembelajaran dalam makmal merupakan pembelajaran koperatif
ya kerana terdapat sebahagian daripada prinsip pembelajaran koperatif terdapat dalam pengajaran guru di dalam makmal manakala sebahagian lagi tidak

No comments:

Post a Comment