Sunday 4 December 2011

model pengajaran dengan analogi

6 langkah utama dalam model pengajaran dengan analogi(Glynn 1995)

  • perkenalkan konsep target
  • ulang kaji konsep analog
  • kenal pasti ciri-ciri relevan konsep target dan analog
  • petakan ciri yang serupa
  • tunjukkan di mana analogi tidak lagi sepadan
  • buat kesimpulan


pada hari ini dr nurul telah memberi 5 soalan untuk kami huraikan secara ringkas untuk mengetahui sejauh mana tahap kefahaman kami setakat ini.
soalan-soalannya ialah:
1. pembelajaran inkuiri adalah satu kaedah pembelajaran yang dumulakan dengan 1 atau 2 soalan utama dan pelajar akan diberi masa untuk menyiasat atau merancang. pelajar akan cuba menganalisis data dan menjawab soalan tersebut. di akhir pembelajaran pelajara akan berkongsi data dan melakukan persembahan hasil.
2.pembelajaran berasaskan pemikiran adalah satu kaedah pembelajaran di mana kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis secara eksplicit(secara terus) dengan bantuan thingking template.
3.pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang dimulai dengan satu masalah yang berkait rapat dengan dunia sebenar. terdapat banyak jalan penyelesaian yang membawa kepada beberapa jawapan yang tepat.
4. pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran di mana pelajar akan menyelesaikan permasalahan dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat yang sama.terdapat 5 prinsip yang terkandung dalam pembelajaran ini.
5. pembelajaran berasaskan projek adalah satu kaedah pembelajaran yang dimulai dengan satu persoalan untuk dijawab dan memerlukan pelajar menghasilkan 1 produk atau persembahan di akhir pembelajaran tersebut.

Monday 28 November 2011

unit 2 konsep & kemahiran asas untuk belajar fizik

1)operational definition-pelajar boleh memberi definisi operasi
cth: pelajar mahu menyiasat perhubungan/perkaitan antara kedalaman dengan tekanan dalam cecair
(((menghuraikan langkah2 yg perlu diambil untuk menentukan nilai sesuatu konsep)))
*membuat beberapa lubang di botol dengan ketinggian yang berbeza
oleh itu, definisi operasinya ialah jarak pancutan air.(kita tidak menyukat sesuatu tekanan tersebut dengan sesuatu alat pengukur)

2) penaakulan nisbah & bahagi(ratio reasoning and division)

cth: 8N/4meter persegi= 2N  / meter square
*2 bermaksud jumlah daya yang bertindak ke atas 1 meter persegi luas*

cth: satu barang yang berjisim 5kg berharga RM 3.00

5kg/ RM 3 = 1.67
#hasil  1.67 bermaksud berapa jumlah kg jisim yang boleh kita dapat apabila membayar RM 1

Monday 21 November 2011

pembelajaran koperatif

pada hari yang indah ini, dr nurul memulakan pembelajaran dengan bertanyakan tentang berapa kaedah yang telah kami pelajarai. setakat ini kami telah mempelajari sebanyak 4 kaedah pembelajaran iaitu inkuiri, PBL, PjBl dan thinking based learning.

seterusnya dr nurul memulakan pembelajaran baru iaitu kaedah pembelajaran koperatif.
persoalan yang diajukan oleh dr nurul ialah adakah pembelajaran secara berkumpulana yang dijalankan di sekolah itu adalah pembelajaran koperatif yang sebenar. selain itu, persoalan lain yang perlu kami cari jawapannya ialah prinsip asas dan bagaimana hendak  menjalankan pembelajaran secara koperatif tersebut.
di sini dr nurul memperkenalkan tentang TEKNIK JIGSAW. dr nurul memulakan tentang tugasan yang perlu kami buat.
1) setiap kumpulan perlu membentuk 5 orang ahli
2)kemudian kami diberi nombor masing-masing dalam kumpulan ASAL.
3)selepas itu, dr mengarahkan kami untuk bergerak dalam kumpulan EXPERT iaitu ahli yang mempunyai nombor yang sama.
4)dalam kumpulan expert itu, kami berbincang dalam kumpulan. saya memegang nombor 3 dimana teknik yang perlu bincang adalam teams games tournaments.
5)kami berbincang mengenai prinsip pembelajaran koperatif dan bagaimana TGT dijalankan.




PRINSIP KOPERATIF
1) saling bergantung secara positif
2)penanggungjawaban individu
3) interaksi bersemuka
4) pemprosesan kumpulan
5) pengajaran kemahiran sosial secara eksplicit

teknik dalam pembelajaran KOPERATIF
1)STAD(student team achievement division)
2)GI(group investigation)
3)TGT(teams group tournaments)
4)TAI(team accelerated instruction)
5)NUMBER HEADS TOGETHER

selepas itu, untuk mengetahui tahap kefahaman kami, dr nurul  telah memberi beberapa soalan kepada setiap kumpulan untuk memberi markah bonus dalam ujian 1.pemarkahan diambil berdasarkan dalam teknik number heads together. dimana markah yang tertinggi akan diambil kira.
contoh soalan:
1) huraikan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran koperatif
isi penting:
-bekerja secara berkumpulan
-untuk mencapai matlamat yang sama
- terdapat 5 prinsip

2)apakah ciri-ciri pembelajaran koperatif
- membentuk kumpulan dan bekerja dalam kumpulan kecil tersebut demi mencapai matlamat yang sama
-memberi tanggungjawab terhadap setiap individu
-memberi peluang kepada pelajar untuk bersemuka secara depan dalam memberi idea
- memahirkan pelajar  tentang kemahiran sosial secara eksplicit
- pelajar akan belajar dan mendapat ilmu daripada pemprosesan dalam kumpulan kecil tersebut

3)adakah pembelajaran dalam makmal merupakan pembelajaran koperatif
ya kerana terdapat sebahagian daripada prinsip pembelajaran koperatif terdapat dalam pengajaran guru di dalam makmal manakala sebahagian lagi tidak

Sunday 20 November 2011

pada hari ini dr menunjukkan semula hasil dalam ujian 2 iaitu menghasilkan satu set rancangan perjalanan pembelajaran. kemudian, dr akan membuat refleksi dan mengkehendaki pelajar membuat penambahbaikkan terhadap hasil tersebut. penilaian belum di ambil kerana kebanyakkan pelajar kuran memahami tentang apa yang dikehendaki oleh dr nurul.


selepas itu, dr nurul menyuruh kami membuat ujian 1 semula pada soalan 6 untuk menambahbaikkan markah yang diperoleh dalam ujian 1. masa yang diberi adalam selama 30 minit.


tujuan dr nurul untuk memahamkan kami tentang fasa kedua menstruktur idea. dr nurul menguji tahap kefahaman kami dengan mengkehendaki kami menjalankan inkuiri berdasarkan tajuk prinsip bernoulli. sesi perbincangan berlaku selama 30 minit.selepas itu, barulah saya lebih faham tentang fasa kedua dalam inkuiri induktif iaitu menstruktur semula idea.

 1 jam kemudian,  dr nurul memulakan pembelajaran baru dengan miskonsepsi dalam sains

contoh soalan miskonsepsi:
1)hotter objects contain more heat than colder objects (yes)-false
2)heavier objects always fall faster than lighter objects.(false because they are having a same gravity and air resistance)-they fall and touch the ground at the same time
3) light objects float while heavy objects sink( false because they are no related with weight.the object is immersed ia a fluid is buoyed up bya a force equal to the weight of the fluid displaced by the object)
4) objects float because there`s air in them( yes)-false
5) an object that is thrown upwards continue to move upwards because the force applied by the hand is still acting on it.(false)

penerangan:
1) haba adalah tenaga yang berpindah berlaku disebabkan perbezaan suhu. maksudnya haba tidak boleh dikandung.objek tidak boleh mengandungi haba di dalamnya. oleh itu, jika berlaku thermal equilibrium maka tiada haba yang mengalir di dalamnya.


contoh: (molekul yang akan memindahkan haba dan mengalami tenaga kinetik)
c = tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 darjah celsius pada 1jisim berat

*tenaga haba boleh diserap dan dibebaskan tetapi tidak boleh dikandung* 
*apabila diserap tenaga tersebut dinamakan tenaga dalaman. jika tenaga kinetik meningkat maka tenaga dalaman juga akan meningkat*
*tenaga haba pendam tentu pula adalah untuk mengubah sesuatu fasa daripada pepejal kepada cecair tanpa  berlaku perubahan suhu*


 2) kalau free fall objek yang ringan dan berat akan jatuh pada masa yang sama di mana rintangan udara boleh diabaikan

3) 2 faktor : isipadu sesuatu objek  dan daya tujahan dan apungan bergerak serentak.(daya apungan dan daya bersih adalah lebih besar)

4) jumlah cecair yang disesarkan adalah sama dengan daya apungan. lebih banyak cecair yang disesarkan lebih mudah untuk objek itu terapung.
5)


Thursday 17 November 2011

PBL berorientasikan PjBL

TAJUK: SAYA, TEKNOLOGI & MEDIA (video di sebelah kanan)
 TUGASAN:
> Bagaimana dan di mana anda boleh memulakan perjalanan pembelajaran anda dalam mengintergrasikan teknologi dan media di bilik darjah anda di samping menggunakannya sebagai pemangkin perkembangan profesionalisme? 


> Bagaimana anda boleh mengikuti perkembangan lanskap teknologi dan media hampir setiap hari berubah?


> Huraikan setiap langkah/ keputusan yang anda ambil di sepanjang perjalanan.


> Justifikasi pemilihan (teknologi yang akan digunakan)


*tugasan ini merupakan ujian 2 kami. dr nurul akan membuat penilaian melalui blog di mana kami dikehendaki menghasilkan rancangan perjalanan pembelajaran anda dalam mengintergrasikan teknologi di dalam bilik darjah.